Thursday, December 31, 2009

Welcome 2010!

How time flies. Today is the last day in the year 2009 . Hmmm what a year...a lot of things happen to me througout the year but thank God for giving me strenght to go through the pain. I cry most of the time for various reasons.. how bad !. Wasting time by doing nothing but finding courage and spirit so that i can stand stronger. Proud that at last i manage to be my friend's shoulder and ear when they needed me.

Allah itu Maha Pemberi dan Dia juga akan mengambil semula yang diberiNya. KetentuanNya hanya Dia yang tahu. Cabaran dan dugaan buat saya makin kuat dan makin redha. Alhamdulillah.Saya percaya setiap yang berlaku , ada karmanya .Jadi, beringatlah atas semua yang kita lakukan pada org lain.. atau apa yang telah kita lupakan.

Say juga percaya bahawa setiap ujian adalah proses kedewasaan. Mengajar kita menjadi semakin kuat untuk menghadapi sesuatu. Saya yakin pada kasih sayang Allah yang akhirnya menjadikan saya semakin dewasa. Itulah pengalaman.Saya kehilangan seseorang yang paling saya sayang yang saya anggap seperti ibu dan sayang yang langsung tak kurang cuma bukanlah dia yang membawa saya ke dunia. Amat terkilan kerana budinya menjaga saya sepenuh kasih sayang belum sempat saya balas sepenuhnya. Saya perlu balas lebih dari apa yang saya telah beri. Belum sempat melihat saya berumahtangga(sekiranya berjodoh) apatah lagi bermain dengan anak-anak saya. Banyak sangat yang saya nak lakukan untuknya tapi tatkala melihat dia bertarung dan berperang kesakitan yang hanya dia dan Maha Kuasa saja tahu, hati saya merelakan dia pergi. Dan atas kerelaan itu, saya harus redha.Saya terlalu merinduinya dan setiap masa saya akan merindukan dia. Semoga Allah merahmati rohnya di sana..

Tahun depan adalah tahun untuk berubah, tentang segala-galanya! Resolution 2010:-

1) jadi anak yang baik dan juga hamba Allah yang baik
2) cari duit banyak-banyak
3) senangkan parents dan family saya
4) kuatkan TEAM saya
5) all out untuk "biz" saya

Setakat post ini ditulis, saya dah banyak idea untuk masa depan. Mencurah2 rasanya. Nanti saya cerita lagi..

HAPPY NEW YEAR 2010!

Sunday, December 20, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431

Terlalu lama sangat saya tak up date blog.. alasan yang paling sesuai adalah malas!hehehe.. i enjoy reading my friends' blog sebab rasa best sangat baca blog orang..and this is my turn to up date mine.

Sumpah, rasa baru semalam je masuk 2009, dah nak masuk 2010 plak. Kerja kat office lately dah tak banyak sangat but still ada lah so, less stress.

For God knows why, saya sangat ingin tulis pasal kerja. Tahun ini saya diberikan tugas untuk handle hampir sepenuhnya transaction berkaitan "leasehold" (extension of leasehold for 39 years"). Bila dah banyak deal dengan leasehold property, saya lihat banyak orang yang tak tahu sepenuhnya tentang leasehold, as in diaorang ingat property leasehold ni tak de beza dengan freehold. Dah namanya pun lease kan, so saya ingin sentuh beberapa perkara tentang leasehold property (applicable in the state of Kedah only):-

1) Bagi pembeli yang pertama kali nak beli property, sila pastikan samada tanah tu leasehold atau freehold; sebab pernah kadang bila nak beli, pantang tengok je harga murah, terus beli. Anda silap sebab kena tgk dulu pegangan selama-lamanya atau pajakan 99 tahun;

2) Walaupun dekat geran m/s depan tulis pajakan 99 tahun, tapi, selalunya macam kat kedah, (esp housing project), property tu akan dipajakkan bagi tempoh 60 tahun dulu sebab kata colleague saya, untuk apply 99 tahun terus, banyak procedure nya so developer akan mintak untuk 60tahun dulu. balance 39 tahun tu, belakang kira. Pembeli sekalian, sila lihat di muka surat ke 3 geran tu, tempoh 60 tahun tu bermula sejak bila. Kalau tempoh tu dah agak2 kurang dari 30tahun, sila fikir 2 kali untuk beli.. sebab anda hanya akan miliki property tu untuk tempoh tersebut sahaja melainkan anda memohon lanjutan selama 39 tahun lagi.

Ironinya , kalau tempoh lease tu kurang dari 30 tahun, selalunya bank susah nak approve loan, so kepada sapa2 yang berhajat nak beli lease propety yang agak2 tempoh tinggal 30tahun lagi atau kurang, saya nasihatkan sila berjumpa bank dulu dan berdiskusi tentang potential loan tu akan lulus atau sebaliknya. Logiknya kalau surat perjanjian dah sign, masa anda telah berjalan dan within the completion you have to settle the balance of purchase price no matter what.

Kebanyakan orang yang saya jumpa jarang ada pengetahuan yang baik atau betul tentang tanah pajakan ni. Fahamilah bahawa sebaik sahaja habis tempoh pajakan tersebut property itu bukan lagi milik anda dan saya juga tidak ada pengetahuan tentang state akan membayar sebarang gantirugi (pampasan) kepada pembeli.Tapi selalunya saya akan cuba terangkan kepada client bahawa konsep pajakan ni sama dengan sewa. Jadi bila habis tenancy period tu, kita kenalah angkat kaki and isu pampasan tak timbul.

Untuk extension of lease pula, kepada lessee2 yang berminat nak extend the lease period for another 39 years, you are advised to deal with the lessor on the premium to be paid to them. Atau boleh juga melantik peguam untuk deal dengan lessor , tapi agak makan masa (depends on the parties la). Saya akui agak susah kalau lessor tu adalah individu sebab tak tau mana nak cari melainkan lessor tu famous dan semua orang kenal.hehehe.

Saya akan menulis lagi tentang banyak perkara sebab saya sangat ingin berkongsi. Sila ambil perhatian bahawa segala yang saya tulis di atas adalah berdasarkan perhatian dan pengalaman saya selama mengendalikan kes2 seumpama ini dan bukanlah sebagai satu bentuk khidmat nasihat. Anda dinasihatkan untuk berhubung dengan peguam anda untuk sebarang maklumat lanjut. Sekian .