Monday, September 20, 2010

Hari yang gelap

Kenapakah bila fikir pasal kerja aku jd sgt stress.. Risau nye stress ni nanti akan menaikkan BP aku..Tak pasal-pasal je admitted. Mintak simpang... Gile sangat stress! Dengan clients yang ingat aku tak de keja lain selain mengadap file dia, dengan pihak itu, pihak ini..eiiii ... aku rasa semua tu dah cukup buat aku sgt tertekan. Management sini pun memang aku tak puas hati.. TOLONGLAH! Mengharapkan miracle berlaku..

Mungkin sebab aku masih dalam mood hari raya aidilfitri mulia, tu yang aku lagi stress.. ye..segalanya tentang stree hari ini.. I had it enough for today and I wish and pray for better tommorow. Insyallah ..

Love Nana

Sunday, September 19, 2010

My journey to Kg Durian Sebatang

Kejap je dah habis raya. Pada aku yang plg aku tunggu ialah first raya..even raya sebulan aku rasa yang paling best adalah pagi raya tu je..masuk raya kedua pun dah macam tak berapa best sangat. Hari selasa adalah hari last aku kerja sebelum cuti 11 hari..hehehe..panjang kan..jadi memang aku bertungkus lumus menyiapkan keja2 aku supaya tak tenganggu dgn calls dari office sepanjang aku cuti. Sejak dari dulu2..masa aku kecik, aku plg suka hari yang sehari sebelum aku balik kg.jangan tanya kenapa, sebab aku pun tak tau.heheh.. lepas sembahyang terawih, sempat lagi aku buat final round shopping dengan mak..memang letih dan sgt penat..tp sebab excited nak raya..aku gagahkan jugak..hahaha

So, esoknya Rabu.. we started our journey to the best kampung in the world- Kg Durian Sebatang, Dong, Raub Pahang. and for the first time in my life, balik kg ikut jalan baru yang membuatkan aku naik ke cameroon highlands selepas 16 tahun tak jejak tempat tu. thanks to abah yang insisted nak lalu jalan baru tu even muka aku memang mencuka gile sebab aku nak cepat smpai kampung. amazingly the journey was great!and aku rasa sampai bila2 pun aku dah tak nak lalu jalan klise ke raub yakni..kuala kubu baru..walaupun lepas ni mungkin tak tak de chance nak singgah makan pau kat yik mun tg malim dan minum kopi yang plaing best kat situ.. tapi aku tak kesah langsung.

Aku memang sngt teruja sebab perjalanna nak naik ke cameroon tu menemukan aku dengan kampung2 org asli yang aku sgt nak pg.. dah smpai tanah tinggi tu, aku rasa aku terlupa kejap impian dan cita-cita aku yang nak smpai kampung awal tu.dah berenti pulak dekat dua jam membeli itu ini .. sampai penuh bonet kereta aku..hahaha

at last, dalam pukul 3 lebih aku sampai kampung.. wah.. memang aku selalu sifatkan kampung aku adalah yang paling best dalam dunia..hahahah... alhamdulillah..smpai juga...rumah anjang, rumah mak long, pokok2, kuda2, rusa2, anak2 buah aku , family members aku kat kampung, cousins, semua tu buatkan penat aku hilang bila tgk diaorg... tak de perasaan yang paling best selain apa aku rasa time tu.. my kampung- the only entertainment : myself & my family.....Lusa raya..nanti aku sambung..

Love, Nana