Monday, May 11, 2009

Pilihan hidup

Minggu ni adalah minggu paling mencabar dalam hidup. Paling mecabar kerana saya perlu memotivasikan diri sendiri dan sentiasa perlu berfikir positif dan berandaian yang baik-baik saja untuk menghadapi apa yang sedang saya lalui sekarang. Ceritanya mungkin terlalu subjektif tetapi cukup mengajar saya bahawa tidak semua yang kita inginkan dalam hidup akan kita perolehi. Tuhan telah menetapkan takdir setipa insan itu berbeza-beza. Dalam hidup, bukan hanya takdir kita saja yang perlu kita terima seadanya. Namun kita juga harus bertoleransi dan menerima dengan ikhlas takdir yang telah ditetapkan-NYA ke atas insan lain di sekeliling kita. Walaupun bukan mudah untuk menerima ketentuan yang telah ditetapkan, namun, hanya DIA yang maha mengetahui apa yang diatur-NYA. Setiap yang berlaku itu pasti ada cerita dan alasan disebaliknya. Menyesali dengan apa yang telah kita lepaskan bukan lah sesuatu yang bijak apatah lagi terus mengharap sesuatu yang mustahil itu berlaku sekiranya realiti menjangkaui imaginasi. Tak terlawan rasanya.

Namun yang telah berlaku dan berlalu atau yang telah disiakan, harus menjadi pengajaran yang amat berguna dalam menempuhi kehidupan yang mungkin panjang ini. adalah tentang pilihan. memilih untuk bersedih, meratapi, atau bergembira walau sekadar hanya untuk tatapan mata kasar. Tapi itu tidak penting. Hidup adalah harus memilih. Saya memilih untuk hidup gembira. Menyayangi insan yang sepatutnya saya sayangi dan menggembirakan hati mereka selagi saya bernafas di bumi Tuhan ini. Wahai hati, tenanglah.. Tuhan maha mengetahui yang telah direncanakan-NYA. Apa yang kita mahu belum tentu itu yang kita perlu. Tuhan tidak pernah berlaku zalim ke atas setiap ciptaan-NYA. Cuma kadang manusia yang khilaf dalam berfikir dan dalam mengintepritasikan sesuatu yang berlaku itu.

Sekiranya saya seorang penulis, pastinya yang sedang berlaku dalam hidup saya sekarang, akan menjadi babak paling meruntun, namun itu bukan pengakhiran sebuah cerita. Malah ianya akan menjadi satu permulaan yang mengajar diri bahawa kepentingan diri itu perlu dan menggembirakan insan2 didepan mata adalah wajib. Saya memilih untuk gembira dan menerima takdir saya dengan hati terbuka seperti mana saya harus menerima takdir orang lain semampu saya. Wasalam.

3 comments:

  1. bagus, pilih utk positif! insyaAllah mentari akan menyinar nanti. Amin! -wahida

    ReplyDelete
  2. yaaa...positif..positif..positif..positif

    ReplyDelete
  3. wahida : tq so much.. insyaallah
    zul : yes.. hidup harus positif.. tq

    ReplyDelete