Terlalu lama sangat saya tak up date blog.. alasan yang paling sesuai adalah malas!hehehe.. i enjoy reading my friends' blog sebab rasa best sangat baca blog orang..and this is my turn to up date mine.
Sumpah, rasa baru semalam je masuk 2009, dah nak masuk 2010 plak. Kerja kat office lately dah tak banyak sangat but still ada lah so, less stress.
For God knows why, saya sangat ingin tulis pasal kerja. Tahun ini saya diberikan tugas untuk handle hampir sepenuhnya transaction berkaitan "leasehold" (extension of leasehold for 39 years"). Bila dah banyak deal dengan leasehold property, saya lihat banyak orang yang tak tahu sepenuhnya tentang leasehold, as in diaorang ingat property leasehold ni tak de beza dengan freehold. Dah namanya pun lease kan, so saya ingin sentuh beberapa perkara tentang leasehold property (applicable in the state of Kedah only):-
1) Bagi pembeli yang pertama kali nak beli property, sila pastikan samada tanah tu leasehold atau freehold; sebab pernah kadang bila nak beli, pantang tengok je harga murah, terus beli. Anda silap sebab kena tgk dulu pegangan selama-lamanya atau pajakan 99 tahun;
2) Walaupun dekat geran m/s depan tulis pajakan 99 tahun, tapi, selalunya macam kat kedah, (esp housing project), property tu akan dipajakkan bagi tempoh 60 tahun dulu sebab kata colleague saya, untuk apply 99 tahun terus, banyak procedure nya so developer akan mintak untuk 60tahun dulu. balance 39 tahun tu, belakang kira. Pembeli sekalian, sila lihat di muka surat ke 3 geran tu, tempoh 60 tahun tu bermula sejak bila. Kalau tempoh tu dah agak2 kurang dari 30tahun, sila fikir 2 kali untuk beli.. sebab anda hanya akan miliki property tu untuk tempoh tersebut sahaja melainkan anda memohon lanjutan selama 39 tahun lagi.
Ironinya , kalau tempoh lease tu kurang dari 30 tahun, selalunya bank susah nak approve loan, so kepada sapa2 yang berhajat nak beli lease propety yang agak2 tempoh tinggal 30tahun lagi atau kurang, saya nasihatkan sila berjumpa bank dulu dan berdiskusi tentang potential loan tu akan lulus atau sebaliknya. Logiknya kalau surat perjanjian dah sign, masa anda telah berjalan dan within the completion you have to settle the balance of purchase price no matter what.
Kebanyakan orang yang saya jumpa jarang ada pengetahuan yang baik atau betul tentang tanah pajakan ni. Fahamilah bahawa sebaik sahaja habis tempoh pajakan tersebut property itu bukan lagi milik anda dan saya juga tidak ada pengetahuan tentang state akan membayar sebarang gantirugi (pampasan) kepada pembeli.Tapi selalunya saya akan cuba terangkan kepada client bahawa konsep pajakan ni sama dengan sewa. Jadi bila habis tenancy period tu, kita kenalah angkat kaki and isu pampasan tak timbul.
Untuk extension of lease pula, kepada lessee2 yang berminat nak extend the lease period for another 39 years, you are advised to deal with the lessor on the premium to be paid to them. Atau boleh juga melantik peguam untuk deal dengan lessor , tapi agak makan masa (depends on the parties la). Saya akui agak susah kalau lessor tu adalah individu sebab tak tau mana nak cari melainkan lessor tu famous dan semua orang kenal.hehehe.
Saya akan menulis lagi tentang banyak perkara sebab saya sangat ingin berkongsi. Sila ambil perhatian bahawa segala yang saya tulis di atas adalah berdasarkan perhatian dan pengalaman saya selama mengendalikan kes2 seumpama ini dan bukanlah sebagai satu bentuk khidmat nasihat. Anda dinasihatkan untuk berhubung dengan peguam anda untuk sebarang maklumat lanjut. Sekian .
No comments:
Post a Comment