Sunday, May 23, 2010

Kuching Part I

Tetiba rasa nak update blog ni sebab dah dekat setengah tahun tak update..uish..lama gila.Nak story about my trip to Kuching with my best friend , Miza end of February aritu. Indah sangatlah bila tengah-tengah busy sangat-sangat dengan workload yang berlambak-lambak aku dengan Miza curi-curi pegi Kuching..hehehe..

Memandangkan kami ni memang sangat mementingkan budget walaupun suka sangat berjalan, jadi, aku ngan Miza awal-awal dah book ticket ke Kuching since last year and at last dapatlah tiket yang harganya RM 113 sahaja per person , return ok!!memang sangat murah dan aku ngan Miza ni memang layaklah jadi pengacara destinasi budget..hahaha.So, bila dah nak dekat2 date nak ke Kuching tu,kitaorang start cari hotel kat sana. Setiap hari lah kami cari sampai aku rasa kami dah hafal semua nama hotel kat situ. Hahaha..

So, malam 24 Februari tu, berlepas lah kami berdua naik bus dari Alor Star ke KL. Sampai KL,pagi-pagi subuh tu naik plak LRT gi KL Sentral, sampai KL Sentral ambik plak bus pg LCCT. Nampak cam best je kan naik turun-naik turun, tapi memang tak kesah.. Yang best nya bila time nak fly ke Kuching, kami naik flight asing-asing..Sebab dia naik dulu, melangut jugaklah aku tunggu the next flight.

I reached Kuching around 3.30pm, Miza awal lagi lah..Nasiblah Zul ada sana, so, dialah yang tunggu kitaorg kat airport dan sekaligus dilantik menjadi travel agent kami.( Tq dear!). Zul ambik dan terus bawak kami pg hotel. un kami suka sangat hotel tu even boutique hotel sebab sangat modern dan cantik dan murah. The hotel name is 360Xpress, kat Wisma Phoenix, Jalan Song Thian Cheok Kuching. Memang kami recommend sangat hotel ni kat sapa-sapa nak cari budget hotel yang sangat cantik.



Bila dah check in, terus pg cari makan. Nasiblah kedai zul selalu pegi tu tutup dan kitaorg pegi kedai lain yang dekat area tu jugak. Makan nasi ayam penyet aku rasa terbaik ar yang pernah aku makan..Subhanallah..sangat lazat.Apa ntah nama kedai aku lupa..hehehe

Malam : 3 bujang ini pegi jalan-jalan sambil borak-borak kat Waterfront. Lewat malam barulah anak teruna itu menghantar anak dara berdua ni balik ke hotel..Penatnya Tuhan je tau...zzzzzzzzzzz

1 comment:

  1. Alaaaaaaaaa, bestnya! :D Lagi2 jalan dgn Pakcik Zul tuh. Hihi! *Peace!* -wahida

    ReplyDelete