Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Wednesday, June 23, 2010

A.P.I

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah
walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita

Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan
Takkan ku menyerah kalah
walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir
Selagi jasadku belum terkubur

Sunday, June 13, 2010

Bebelanku

I am extremely tire today..clients came one after another, staff after staff brought in bundle of files into my room..penatnya.. I am so busy lately, and I can't imagine how miserable my life will be if one of my senior colleague pass his portfolios to me after this since is he thinking to shift to litigation department. I think I might turn crazy at that time.

Now is 6p.m and I m still in the office doing my work and have to clear it up by today or I will see more and more files on my table tommorow.. Ohhh cannot look at those files anymore..Make me feels sick.

But now feels sangat tenang sebab office dah sangat sunyi. None of my staff stayback, 5.30 p.m sharp, semua hilang..macam magic je. Promise not to complaint about my workloads lagi after this. I have to always think positive about any headache of any files. Now is my time to learn and learn about so many complicated things and perhaps by overcome all those problems I will slowly grow up.

But knowing me .. I love to membebel (but not at all times la).. I am so complicated since I love perfection in life. Maybe that is the reason why I am so hard to understand. Whateverlah! I cannot tolarate any stupid excuses and hate when people keep giving excuses. Eii geram tau!
And I hate when things did't work out the way I expected. Ha...siaplah...

Cepat..buat kerja!

Allah, lindungi hamba-Mu

Love, Nana

Wednesday, June 9, 2010

Apa yang saya teringin nak buat ?

Aku ada banyak impian. Sangat banyak dan sesetengahnya aku rasa memang ntah apa-apa dan tak de kena mengena dengan apa yang aku buat sekarang. Tapi biarlah..nama pun cita-cita aku. Dulu-dulu masa aku kecik, aku nak sangat jadi lawyer.Banyak jugak aku berkorban, berkorban untuk tak ambik subject prinsip akaun sebab aku memang agak sengal dengan kira-kira ni. Memang tak suka. Jadi terpaksalah aku berkorban berpisah dari geng aku time tu yang semua diaorang amik akaun, aku je ambik ekonomi.

Tu kira terror lah sebab aku tau kalau nak SPM aku selamat, baiklah jangan ikut kawan. Walaupun aku jealous kawan-kawan aku kelas Sains 1, aku Sains 5, dan penatnya aku nak cerita dan clarify kat semua orang yang aku dok kelas ala-ala last tu sebab aku ambik ekonomi, tak de kena mengena dengan pencapaian aku yang sentiasa cemerlang kat sekolah..hahaha..Kira berkorban jugak tu sebab sejak aku sekolah rendah sampai form 3, tak pernah dok kelas yang banyak2 nombor ni, semua yang sikit2 je. Alhamdullilah, sekarang aku dah jadi apa aku nak jadi tu. Peliknya walau pun aku la ni kira enjoy dengan kerjaya aku, tapi aku tak pernah teringin atau termimpi nak bukak firm sendiri..sebab aku rasa cam sangat bosan ..hahah.. Tapi aku ada banyak lagi benda yang aku sangat teringin nak buat tapi aku yang tak taulah leh buat ke tak .antaranya :-

(i) aku rasa jual nasi lemak tu best sangat. walaupun mak cik jual nasi lemak tu hanya bukak meja je tepi jalan, tapi aku nampak benda tu best. walaupun budak-budak chambering tempat aku selalu gelakkan sebab aku kata aku teringin nak jual nasi lemak..hampeh

(ii)hmmm selain tu, jual kuih pun nampak best kan..hehehe.bukan goreng pisang..tapi aku sangat teruja tengok gerai yang jual macam-macam kuih petang-petang.memang aku sangat suka tengok

(iii)ha, yang ni cam realistik sikit kot, sebab aku teringin nak bukak restoran

(iv) em bakeri pun teringin nak bukak jugak sebab aku suka tengok kek-kek yang selalu nampak sedap. Emm mungkin aku boleh belajar buat kek dan pastri sampai terror gila, dan nanti aku buka bakeri...wah!

(v) aku teringin nak rakam lagu..hahahahah..serious ! sebab aku suka nyanyi ..tapi bukanlah aku nak jadi penyanyi pun, saje rakam suka-suka untuk koleksi peribadi..ecehh..

(vi) sekarang ni pulak, sebab abah dah start tanam koko, kelapa sawit, dan getah..aku pun tiba-tiba nak jadi macam abah..maksudnya aku pun ada lah semua tu, pastu nak buka kolam ikan yang besar, ternak haiwan-haiwan...best kan?

(vii) ha, sebab aku suka sangat tgk Coco d Spa yang dekat area umah aku tu, kdg-kadang aku rasa bestnya kalau aku leh buka spa sendiri haaaaa satu lagi..kedai andaman pengantin..hmmmm

Hmm nilah antara benda-benda yang aku teringin nak buat ...hahaha..Gila kan?