Hari ni saya berazam untuk menjadi sangat bersemangat untuk habiskan kerja2 yang banyak dan agak ni.Abahku, selaku motivator terbaik telah sedikit sebanyak memberi semangat berkobar2 untuk saya habiskan kerja. Sebab hujung minggu ni ada reward yang akan menanti saya lagi sama macama minggu lepas. Selepas berminggu2 rasa tension buat kerja, last week dapat jumpa anak2 n spend time dengan diaorng adalah dikira reward yang sangat best! hehehe.. So memandangkan hujung minggu ni ada peluang untuk jumpa dengan sweethearts yang adorable tu, jadi kire pening2 ni keja ni tak jadi hal sangat.
I find myself getting better day after day. I manage to smile when thinking about "that" memories not like last time asyik nak sayu sedan je hati... Alhamdullilah atas semua perasaan sedang saya alami sekarang. I am getting stronger. semoga berpanjangan..hehe
Saya juga tak sabar sangat nak terbang ke Jakarta bulan depan.Nak cuti puas-puas dan juga nak shopping puas2. Harap2 boleh tengok show2 artis best ke masa kat Jakarta nanti.paling penting moga2 duit saya cukup untuk semua tu..hahahaha.. Sapa2 yang terbaca entry ni, and ada nak suggest any hotels ke, tempat paling happening for hang out, or shopping or apa jelah, sila lah bagitau ye..Lepas Jakarta, saya akan terbang plak ke Sabah the next following month. This year, nak cuti puas2. Cuma hujung tahun ni tak tau nak ke mana lagi.. Apa tempat yang best ek? Krabi,Bali, Sarawk?...Em.. still thinking ...
Sunday, May 24, 2009
Saturday, May 23, 2009
No idea ! hahaha
Sangat lah sedang tak de mood nak buat kerja sebab dalam fikiran terbayang-bayang lagi weekend yang best aritu. Disebabkan auntie saya admitted kt PPUM, terpaksalah ambil cuti yang kemudiaannya ditambah lagi 2 hari (jumaat & sabtu). Kerja yang berlambak terpaksa saya tinggalka kejap dan sepanjang kat hospital, saya yang jadi peneman (such a great experience)dan waktu malam saya kadang tersentuh bila fikirkan Tuhan masih memberi saya kesihatan yang baik. Alhamdulillah!
Seronoknya sebab saya dapatlah jumpa anak2 saudara (my sweethearts) yang ramai n adorable itu. I miss them so much!!! time flies.. macam tak percaya je tgk semua dah besar. My niece, Suci Musalmah di atas sokongan moral cousin ku itu, dah start dapat job di usia 7 tahun .. She just started buat voice over..which i really wish nak buat jugak..hahaha..She is more matured compared to her age. Also tak percaya bila tengok my nephew Adam, dah ada adik baru .. (newborn Arizz Dani) and dah pandai buat perangai yang buatkan Mummy dia jadi singa sometimes....hahaha.. my lovely Alisya yang dah pandai nak bercakap sikit2, suka senyum dan ketawa setiap masa, dan jarang2 buat perangai.. (i miss her sangat2 sekarang). My Aish yang dah slowly jd good brother to his sister, Alisya.. sangat bijak bercakap.. Bahagianya rasa bila dapat spent time dengan diaorng even i wish for masa yang lebih panjang.. I miss them all! Bila dah kerja dan balik to Alor Star, sometimes i miss spending times with my cousin.. Last time, masa kat uni dulu, I used to hang out with them for shopping, makan2, pusing2, movies, and paling best, gossip2..hehehehe.Rindunyerrrrr.............................

Monday, May 11, 2009
Pilihan hidup
Minggu ni adalah minggu paling mencabar dalam hidup. Paling mecabar kerana saya perlu memotivasikan diri sendiri dan sentiasa perlu berfikir positif dan berandaian yang baik-baik saja untuk menghadapi apa yang sedang saya lalui sekarang. Ceritanya mungkin terlalu subjektif tetapi cukup mengajar saya bahawa tidak semua yang kita inginkan dalam hidup akan kita perolehi. Tuhan telah menetapkan takdir setipa insan itu berbeza-beza. Dalam hidup, bukan hanya takdir kita saja yang perlu kita terima seadanya. Namun kita juga harus bertoleransi dan menerima dengan ikhlas takdir yang telah ditetapkan-NYA ke atas insan lain di sekeliling kita. Walaupun bukan mudah untuk menerima ketentuan yang telah ditetapkan, namun, hanya DIA yang maha mengetahui apa yang diatur-NYA. Setiap yang berlaku itu pasti ada cerita dan alasan disebaliknya. Menyesali dengan apa yang telah kita lepaskan bukan lah sesuatu yang bijak apatah lagi terus mengharap sesuatu yang mustahil itu berlaku sekiranya realiti menjangkaui imaginasi. Tak terlawan rasanya.
Namun yang telah berlaku dan berlalu atau yang telah disiakan, harus menjadi pengajaran yang amat berguna dalam menempuhi kehidupan yang mungkin panjang ini. adalah tentang pilihan. memilih untuk bersedih, meratapi, atau bergembira walau sekadar hanya untuk tatapan mata kasar. Tapi itu tidak penting. Hidup adalah harus memilih. Saya memilih untuk hidup gembira. Menyayangi insan yang sepatutnya saya sayangi dan menggembirakan hati mereka selagi saya bernafas di bumi Tuhan ini. Wahai hati, tenanglah.. Tuhan maha mengetahui yang telah direncanakan-NYA. Apa yang kita mahu belum tentu itu yang kita perlu. Tuhan tidak pernah berlaku zalim ke atas setiap ciptaan-NYA. Cuma kadang manusia yang khilaf dalam berfikir dan dalam mengintepritasikan sesuatu yang berlaku itu.
Sekiranya saya seorang penulis, pastinya yang sedang berlaku dalam hidup saya sekarang, akan menjadi babak paling meruntun, namun itu bukan pengakhiran sebuah cerita. Malah ianya akan menjadi satu permulaan yang mengajar diri bahawa kepentingan diri itu perlu dan menggembirakan insan2 didepan mata adalah wajib. Saya memilih untuk gembira dan menerima takdir saya dengan hati terbuka seperti mana saya harus menerima takdir orang lain semampu saya. Wasalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)