Wednesday, June 16, 2010

Aduhai...

Aku namakan projek ini sebagai "Projek perumahan A"

Tapi point aku bukannya nak bercerita tentang projek ini atau developernya yang memang aku dah tak boleh dengar nama tu..Tapi entri ini adalah tentang apa yang aku rasa sepanjang aku handle file-file untuk Projek A ni.

1. Projek ni bukanlah housing project yang harganya mencecah ratusan ribu atau jutaan ringgit pun, jadi kebanyakan pembeli adalah dari golongan sederhana dan ada juga yang susah. Aku agak tak kisahlah kalau purchasers ni semua kaya raya dan beli umah ni untuk investment atau nak cukupkan koleksi2 mengumpul harta. Ttapi yang paling menyentuh hati aku bila rata-rata purchasers bila datang mengadu kat aku, bagitau, betapa susahnya diaorang nak kumpul duit untuk bayar deposit, betapa susahnya hidup bila sekarang kena bayar sewa rumah(rumah sepatutnya delivered by the developer mid July 2007), dan yang apply loan terhimpit dengan hutang yang perlu diselesaikan dengan bank. Bayangkan, kita semua ada impian untuk memiliki rumah sendiri, dan bila ada projek baru yang harganya dalam kemampuan kita, mesti kita bersusah payah dan berhempas pulas nak cari duit untuk bayar deposit, lawyer fees, bayar itu, bayar ini.... tapi, bila tengok umah yang kita nak beli tu tak siap-siap, dan tak tau bila nak siap, rasa kan ..terbangnya impian kita, terbangnya duit-duit kita.

Aku sedih bila tengok orang-orang susah datang jumpa aku, cerita masalah..seboleh-bolehnya aku letakkan diri aku dalam posisi diaorang supaya aku tak melihat benda-benda ni kecil, supaya aku tak de perasaan nak pinggirkan diaorang dan hanya concentrate pada file file orang besar-besar saja..That's not me!!! But I have to admit yang aku terikat dengan kemampuan aku, sebab bila satu masalah jadi, ianya akan melibatkan banyak pihak lain dan bukan aku semata-mata. Aku selalu rasa jatuh dalam gaung dan tak tau camana nak keluar.Tolong!!!!

2. Aku sangat bengang dengan perangai big boss developer ni sebab memang sejak dari awal diaorang tak nak langsung jumpa dengan purchasers.Memang sangat geram...dulu masa korang nak jual rumah, pandai pulak pujuk purchases, gave their sweet words, janji itu ini, tapi now, bila jadi camni, kenapa tak nak pulak jumpa purchasers tu??? Jahat!!! Kalau lah diaorang ada otak nak fikir, betapa susahnya purchasers tu nak escape dari tempat keja dia, pg ofis developer, nak jumpa bos-bos kat situ and at least the bosses boleh bagi any explaination or excuses yang menenangkan hati diaorang, tapi..hampeh!Hanya letak kerani kat luar, dan kerani itu hanya pandai jawab bos tak de. Kesiankan! Jadi, itulah sebabnya setiap kali purchasers ni datang ofis, nak jumpa aku, aku akan luangkan masa jugak, dengar masalah diaorang, dan cuba tolong semampu aku. Aku tak pandai nak bagi alasan yang aku sibuk, or itu ini sebab aku akan rasa sangat berdosa dan bersalah dan aku faham diaorg pun dah tak tau mana nak tuju. So, aku akan dengar jugak, apa saja yang diaorang nak cerita tentang geram yang teramat terhadap developer yang tak bertangungjawab tu.

3. Betapa semua ni membuka sangat-sangat mata aku tentang diskriminasi antara yang susah dan yang kaya raya.

4. Bahawasanya aku ini lawyer yang sangat lembut hati(ewah)sebab aku tak boleh dengar cerita-cerita orang tentang betapa susahnya diaorang. Aku pun nak naik sayu..(hmm control,control)..menjadikan aku makin yakin bahawa aku memang tak dilahirkan untuk jadi Majistret atau prosecutor..atau yang sewaktu dengannya. Satu yang aku sangat pasti, aku bahagia dengan kerja aku, dan janji aku, akan tolong sesiapa saja yang perlukan pertolongan aku dan I wish that I could have a good relationship with my clients sampai bila-bila.

5. Doa aku..supaya project A cepat siap dan semuanya dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

No comments:

Post a Comment