Thursday, December 31, 2009

Welcome 2010!

How time flies. Today is the last day in the year 2009 . Hmmm what a year...a lot of things happen to me througout the year but thank God for giving me strenght to go through the pain. I cry most of the time for various reasons.. how bad !. Wasting time by doing nothing but finding courage and spirit so that i can stand stronger. Proud that at last i manage to be my friend's shoulder and ear when they needed me.

Allah itu Maha Pemberi dan Dia juga akan mengambil semula yang diberiNya. KetentuanNya hanya Dia yang tahu. Cabaran dan dugaan buat saya makin kuat dan makin redha. Alhamdulillah.Saya percaya setiap yang berlaku , ada karmanya .Jadi, beringatlah atas semua yang kita lakukan pada org lain.. atau apa yang telah kita lupakan.

Say juga percaya bahawa setiap ujian adalah proses kedewasaan. Mengajar kita menjadi semakin kuat untuk menghadapi sesuatu. Saya yakin pada kasih sayang Allah yang akhirnya menjadikan saya semakin dewasa. Itulah pengalaman.Saya kehilangan seseorang yang paling saya sayang yang saya anggap seperti ibu dan sayang yang langsung tak kurang cuma bukanlah dia yang membawa saya ke dunia. Amat terkilan kerana budinya menjaga saya sepenuh kasih sayang belum sempat saya balas sepenuhnya. Saya perlu balas lebih dari apa yang saya telah beri. Belum sempat melihat saya berumahtangga(sekiranya berjodoh) apatah lagi bermain dengan anak-anak saya. Banyak sangat yang saya nak lakukan untuknya tapi tatkala melihat dia bertarung dan berperang kesakitan yang hanya dia dan Maha Kuasa saja tahu, hati saya merelakan dia pergi. Dan atas kerelaan itu, saya harus redha.Saya terlalu merinduinya dan setiap masa saya akan merindukan dia. Semoga Allah merahmati rohnya di sana..

Tahun depan adalah tahun untuk berubah, tentang segala-galanya! Resolution 2010:-

1) jadi anak yang baik dan juga hamba Allah yang baik
2) cari duit banyak-banyak
3) senangkan parents dan family saya
4) kuatkan TEAM saya
5) all out untuk "biz" saya

Setakat post ini ditulis, saya dah banyak idea untuk masa depan. Mencurah2 rasanya. Nanti saya cerita lagi..

HAPPY NEW YEAR 2010!

Sunday, December 20, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431

Terlalu lama sangat saya tak up date blog.. alasan yang paling sesuai adalah malas!hehehe.. i enjoy reading my friends' blog sebab rasa best sangat baca blog orang..and this is my turn to up date mine.

Sumpah, rasa baru semalam je masuk 2009, dah nak masuk 2010 plak. Kerja kat office lately dah tak banyak sangat but still ada lah so, less stress.

For God knows why, saya sangat ingin tulis pasal kerja. Tahun ini saya diberikan tugas untuk handle hampir sepenuhnya transaction berkaitan "leasehold" (extension of leasehold for 39 years"). Bila dah banyak deal dengan leasehold property, saya lihat banyak orang yang tak tahu sepenuhnya tentang leasehold, as in diaorang ingat property leasehold ni tak de beza dengan freehold. Dah namanya pun lease kan, so saya ingin sentuh beberapa perkara tentang leasehold property (applicable in the state of Kedah only):-

1) Bagi pembeli yang pertama kali nak beli property, sila pastikan samada tanah tu leasehold atau freehold; sebab pernah kadang bila nak beli, pantang tengok je harga murah, terus beli. Anda silap sebab kena tgk dulu pegangan selama-lamanya atau pajakan 99 tahun;

2) Walaupun dekat geran m/s depan tulis pajakan 99 tahun, tapi, selalunya macam kat kedah, (esp housing project), property tu akan dipajakkan bagi tempoh 60 tahun dulu sebab kata colleague saya, untuk apply 99 tahun terus, banyak procedure nya so developer akan mintak untuk 60tahun dulu. balance 39 tahun tu, belakang kira. Pembeli sekalian, sila lihat di muka surat ke 3 geran tu, tempoh 60 tahun tu bermula sejak bila. Kalau tempoh tu dah agak2 kurang dari 30tahun, sila fikir 2 kali untuk beli.. sebab anda hanya akan miliki property tu untuk tempoh tersebut sahaja melainkan anda memohon lanjutan selama 39 tahun lagi.

Ironinya , kalau tempoh lease tu kurang dari 30 tahun, selalunya bank susah nak approve loan, so kepada sapa2 yang berhajat nak beli lease propety yang agak2 tempoh tinggal 30tahun lagi atau kurang, saya nasihatkan sila berjumpa bank dulu dan berdiskusi tentang potential loan tu akan lulus atau sebaliknya. Logiknya kalau surat perjanjian dah sign, masa anda telah berjalan dan within the completion you have to settle the balance of purchase price no matter what.

Kebanyakan orang yang saya jumpa jarang ada pengetahuan yang baik atau betul tentang tanah pajakan ni. Fahamilah bahawa sebaik sahaja habis tempoh pajakan tersebut property itu bukan lagi milik anda dan saya juga tidak ada pengetahuan tentang state akan membayar sebarang gantirugi (pampasan) kepada pembeli.Tapi selalunya saya akan cuba terangkan kepada client bahawa konsep pajakan ni sama dengan sewa. Jadi bila habis tenancy period tu, kita kenalah angkat kaki and isu pampasan tak timbul.

Untuk extension of lease pula, kepada lessee2 yang berminat nak extend the lease period for another 39 years, you are advised to deal with the lessor on the premium to be paid to them. Atau boleh juga melantik peguam untuk deal dengan lessor , tapi agak makan masa (depends on the parties la). Saya akui agak susah kalau lessor tu adalah individu sebab tak tau mana nak cari melainkan lessor tu famous dan semua orang kenal.hehehe.

Saya akan menulis lagi tentang banyak perkara sebab saya sangat ingin berkongsi. Sila ambil perhatian bahawa segala yang saya tulis di atas adalah berdasarkan perhatian dan pengalaman saya selama mengendalikan kes2 seumpama ini dan bukanlah sebagai satu bentuk khidmat nasihat. Anda dinasihatkan untuk berhubung dengan peguam anda untuk sebarang maklumat lanjut. Sekian .

Tuesday, August 11, 2009

Another phase of life

CONGRATULATIONS

Many months have passed
And your hearts are filled with joy
At birth of your baby
A moment to enjoy

Your precious little bundle
With their tiny hands and feet
And as you look into their eyes
You know your lives are complete

So I offer congratulations
Love and best wishes too
For the birth of your son & daughter
And also to the both of you

I would to congratulate my friends Hazri&Wahida, Anis&Fitri, Zul&Linda, Thariq&Miah,my bro G-min&wife who have been blessed with the title "AYAH & IBU".

To my lovely new-born Khayra binti Hazri, Ahmad Riqz bin Mohd Razmien, El Wijdan bin Mohd Zulfazli Marshidi, Kee Mohd Rizqi bin Kee Mohd Thariq, Mohd Aqif bin Mohd Fitri - tons of love n hugs

Auntie Nana ;-)

Sunday, June 21, 2009

I wish ...

I wish for a new life or new job, perhaps.

Saya baru masuk ofis setelah M.C semalam.Nak menangis je tgk atas meja daam bilik ni, file macam saya tak datang ofis 2 minggu..banyak gile doh! I am soooo tired and sick looking at those files and I suddenly I wonder until when I could stand with all these. Hari ni rasa agak mereng sikit sebab tak betul2 baik lagi dan tak de mood langsung nak keje. Eiii.. indahnya jika saya punya simpanan berjuta, mau je tender resignation letter 24 hours plak tu..hahaha..dok umah and round the world.Tapi apakan daya, impian aku terlalu di luar jangkauan. Mungkin ni lah krisis identiti , dulu punyalah pulun belajar nak jadi apa yang saya jadi sekarang. Now bila dah jadi, rasa cam..HEY ... THIS IS NOT YOU!.. ye..fikiran jahatku yang itu mula bersuara..dan fikiran baik pula..YE..SILA KERJA LEBIH KUAT & JUJUR.

Lately ni, saya asyik terfikir jujur kah saya dengan apa yang saya buat sekarang? Jawapannya makin tidak. Sukarnya menjadi dewasa, semua pilihan adalah atas bahu sendiri. Salah buat pilihan, padanlah muka sendiri. Hmmm.. saya mungkin harus punya lebih masa untuk berfikir , untuk menafikan apa yang saya rasa..tapi dah tak larat lagi. Saya punya impian..tp saya takut untuk mulakan langkah pertama. Kata orang jauh langkah perjalanan itu bermula dengan langkah pertama. Bila agaknya saya akan menjadi berani? aya terlalu ingin keluar dari zon selesa ini untuk berada di zon selesa yang lain pulak. Hati saya selalu celaru. Semoga satu hari nanti saya mendapat kekuatan dan keyakinan tentang apa yang seharusnya saya lakukan..Insyaallah

Sunday, May 24, 2009

Getting Reward..hahaha

Hari ni saya berazam untuk menjadi sangat bersemangat untuk habiskan kerja2 yang banyak dan agak ni.Abahku, selaku motivator terbaik telah sedikit sebanyak memberi semangat berkobar2 untuk saya habiskan kerja. Sebab hujung minggu ni ada reward yang akan menanti saya lagi sama macama minggu lepas. Selepas berminggu2 rasa tension buat kerja, last week dapat jumpa anak2 n spend time dengan diaorng adalah dikira reward yang sangat best! hehehe.. So memandangkan hujung minggu ni ada peluang untuk jumpa dengan sweethearts yang adorable tu, jadi kire pening2 ni keja ni tak jadi hal sangat.

I find myself getting better day after day. I manage to smile when thinking about "that" memories not like last time asyik nak sayu sedan je hati... Alhamdullilah atas semua perasaan sedang saya alami sekarang. I am getting stronger. semoga berpanjangan..hehe

Saya juga tak sabar sangat nak terbang ke Jakarta bulan depan.Nak cuti puas-puas dan juga nak shopping puas2. Harap2 boleh tengok show2 artis best ke masa kat Jakarta nanti.paling penting moga2 duit saya cukup untuk semua tu..hahahaha.. Sapa2 yang terbaca entry ni, and ada nak suggest any hotels ke, tempat paling happening for hang out, or shopping or apa jelah, sila lah bagitau ye..Lepas Jakarta, saya akan terbang plak ke Sabah the next following month. This year, nak cuti puas2. Cuma hujung tahun ni tak tau nak ke mana lagi.. Apa tempat yang best ek? Krabi,Bali, Sarawk?...Em.. still thinking ...

Saturday, May 23, 2009

No idea ! hahaha

Sangat lah sedang tak de mood nak buat kerja sebab dalam fikiran terbayang-bayang lagi weekend yang best aritu. Disebabkan auntie saya admitted kt PPUM, terpaksalah ambil cuti yang kemudiaannya ditambah lagi 2 hari (jumaat & sabtu). Kerja yang berlambak terpaksa saya tinggalka kejap dan sepanjang kat hospital, saya yang jadi peneman (such a great experience)dan waktu malam saya kadang tersentuh bila fikirkan Tuhan masih memberi saya kesihatan yang baik. Alhamdulillah!

Seronoknya sebab saya dapatlah jumpa anak2 saudara (my sweethearts) yang ramai n adorable itu. I miss them so much!!! time flies.. macam tak percaya je tgk semua dah besar. My niece, Suci Musalmah di atas sokongan moral cousin ku itu, dah start dapat job di usia 7 tahun .. She just started buat voice over..which i really wish nak buat jugak..hahaha..She is more matured compared to her age. Also tak percaya bila tengok my nephew Adam, dah ada adik baru .. (newborn Arizz Dani) and dah pandai buat perangai yang buatkan Mummy dia jadi singa sometimes....hahaha.. my lovely Alisya yang dah pandai nak bercakap sikit2, suka senyum dan ketawa setiap masa, dan jarang2 buat perangai.. (i miss her sangat2 sekarang). My Aish yang dah slowly jd good brother to his sister, Alisya.. sangat bijak bercakap.. Bahagianya rasa bila dapat spent time dengan diaorng even i wish for masa yang lebih panjang.. I miss them all! Bila dah kerja dan balik to Alor Star, sometimes i miss spending times with my cousin.. Last time, masa kat uni dulu, I used to hang out with them for shopping, makan2, pusing2, movies, and paling best, gossip2..hehehehe.Rindunyerrrrr.............................

Monday, May 11, 2009

Pilihan hidup

Minggu ni adalah minggu paling mencabar dalam hidup. Paling mecabar kerana saya perlu memotivasikan diri sendiri dan sentiasa perlu berfikir positif dan berandaian yang baik-baik saja untuk menghadapi apa yang sedang saya lalui sekarang. Ceritanya mungkin terlalu subjektif tetapi cukup mengajar saya bahawa tidak semua yang kita inginkan dalam hidup akan kita perolehi. Tuhan telah menetapkan takdir setipa insan itu berbeza-beza. Dalam hidup, bukan hanya takdir kita saja yang perlu kita terima seadanya. Namun kita juga harus bertoleransi dan menerima dengan ikhlas takdir yang telah ditetapkan-NYA ke atas insan lain di sekeliling kita. Walaupun bukan mudah untuk menerima ketentuan yang telah ditetapkan, namun, hanya DIA yang maha mengetahui apa yang diatur-NYA. Setiap yang berlaku itu pasti ada cerita dan alasan disebaliknya. Menyesali dengan apa yang telah kita lepaskan bukan lah sesuatu yang bijak apatah lagi terus mengharap sesuatu yang mustahil itu berlaku sekiranya realiti menjangkaui imaginasi. Tak terlawan rasanya.

Namun yang telah berlaku dan berlalu atau yang telah disiakan, harus menjadi pengajaran yang amat berguna dalam menempuhi kehidupan yang mungkin panjang ini. adalah tentang pilihan. memilih untuk bersedih, meratapi, atau bergembira walau sekadar hanya untuk tatapan mata kasar. Tapi itu tidak penting. Hidup adalah harus memilih. Saya memilih untuk hidup gembira. Menyayangi insan yang sepatutnya saya sayangi dan menggembirakan hati mereka selagi saya bernafas di bumi Tuhan ini. Wahai hati, tenanglah.. Tuhan maha mengetahui yang telah direncanakan-NYA. Apa yang kita mahu belum tentu itu yang kita perlu. Tuhan tidak pernah berlaku zalim ke atas setiap ciptaan-NYA. Cuma kadang manusia yang khilaf dalam berfikir dan dalam mengintepritasikan sesuatu yang berlaku itu.

Sekiranya saya seorang penulis, pastinya yang sedang berlaku dalam hidup saya sekarang, akan menjadi babak paling meruntun, namun itu bukan pengakhiran sebuah cerita. Malah ianya akan menjadi satu permulaan yang mengajar diri bahawa kepentingan diri itu perlu dan menggembirakan insan2 didepan mata adalah wajib. Saya memilih untuk gembira dan menerima takdir saya dengan hati terbuka seperti mana saya harus menerima takdir orang lain semampu saya. Wasalam.

Wednesday, April 22, 2009

Nak marah...huhuhu

Lamanya tak menulis.Sibuk sungguh minggu ni terkejar2 sampai rasa nak sakit jantung pun ada. But last week even worse. This week plak menanggung rasa marah yang teramat dan menunggu masa nak pecah dah marah aku ni sebab staff yang tak dengar cakap. I give up!!! Penatlah asyik remind her the same thing EVERYDAY tapi hampeh tak buat pun. Last2 kena buat sendiri. Sakitnya hati. The completion date is within 2 weeks time dia boleh buat relax je. Bila saya dah fed up, tolong jangan salahkan saya bila nak bercakap ngan dia pun saya dah malas, bila kena cakap pun saya rasa volume suara dah tinggi daripada biasa. Geram sangat.. dia leh buat derk je.. interest Vendor tu potong gaji dia baru tau! (nak je saya suggest kat bos camtu, tp kang nampak cam zalim sangat). Sabarlah hati.. next file jangan harap nak bagi dia handle lagi.

Wednesday, March 25, 2009

Pagi2 td sebelum saya masuk ofis, saya sempat baca paper arini kat rumah. Cerita yang plg menarik perhatian saya pagi ni, adalah kisah budak yang baru habis sekolah ni datang KL nak cari keje, tp kena kurung dan kena rogol beramai2 ngan satu geng lelaki tak guna ni, seminggu beb, jadi hamba mamat2 tak guna ni.. ramai plak tu, 7 org. Nak menangis pun ada, marah pun ada, macam2 perasaan yang saya rasa masa baca artikel tu. Eerm nak salahkan mamat tu pun, rasanya that girl pun cam terlalu naif tahap cipan sampai boleh je sanggup ikut mamat tu even baru tu lah pertama kali jumpa kat petrol station..Just image! Berani gile + naif = tak tau nak kata apa..Paling bengong sekali kakak that girl, boleh je biarkan adik dia ikut mamat tu, and dia pegi ikut kawan dia. Apa punya kakak lah mangkuk ayun, bengap, bangang camtu.. Stupid, idiot!!!! Lepas seminggu kena kurung, mamat2 tak guna ni pun, lepaskan dia dgn hanya hantar kat puduraya je.. pepandai kau lah lepas tu..I pity the girl for the nightmare that she has gone through selama seminggu tu and the worst, she has to "deal" with that nightmare for the rest of her life.. Semoga Allah memberi dia kekuatan menempuh kehidupan selagi dia bernafas di bumi ini.. Insyaallah...

Ermmm

Malasnya nak buat keje.. i have tons of files waiting for me in my room since the Developer just forwarded the progress billing for their project yesterday..huhuhu. i caught in the dilemma either to proceed with the advise or keep it berlonggok over there sebab the project appears to be abandoned. Imagine!! the last billing i received was 2 years ago..hemmm lama tu..... Hm.. i pity the Purchasers for waiting the house to complete for quite sumtimes. Hati saya mula sayu bila yang dtg mengadu tu kebanyakkanya dari golongan bawahan yang sangat berharap akan ada rumah sendiri hasil titik peluh kerja keras selama ni.. But at the end.it turns up to be this way plak... Saya dah mula rasa kurang yakin terhadap Developer ni..I have no confidence that they could be able to complete this project. Hm.. camana ek?

Hati saya sedikit girang (i love this word) sebab baru semalam akhirnya dapat siapkan one document setelah 2 minggu ke hulu ke hilir jumpa org yang sama yang agaknya dah bosan saya.. (haaha.. i have no choice..but thank you for being so helpful n thanks to my client who is now turn to be my new friend for being so understanding n peneman saya ke hulu ke hilir jugak..hahaha). Hmm..and one more thing, pihak tersebut (i've mentioned in my previous entry) have already given their verbal consent for the lease extension..bagusnya...hehehe.. at least saya tak lah risau sangat n client saya juga mampu pergi kawin dengan agak tenang..hehehe

Wednesday, March 18, 2009

Warna Warna Kehidupan

Yesterday i went to the land office to meet some officers regarding one documents that i have to prepare. My client also came along, he is about my age.Tapi yang interesting pasal mamat ni, saya sangat rasa his life journey macam berwarna warni.. when we borak2, saya berjaya rasa cam katak bawah tempurung jap.. ei..meaning to say my life journey compared to him, is nothing.. klise gile hidup aku.. i went to school, to uni, grad, completed my chambering, and keje kat sini sampai sekarang.. tak penah tukar keje lain, pg keje balik keje, lepak umah.. pg shopping kdg2, holiday pun kadang2.. but his life, cam best and tak klise like mine. he studied overseas ( while studies, also did part time job), balik malaysia, keje tempat best, he met great people from all over the world (kire keje dia pun best and interesting), build good contact with them, now, he involves ngan one area which totally different with his line just to help his father and dalam perancangan to start some bussiness. emm.. bayangkan hidup dia n journey hidup saya.. what i am trying to tell here is, even umur saya ngan dia sebaya, but hidup dia penuh colours and that makes him matured melepasi batas umurnya. n i adore him for that... hmmm... i wish i could add more colours in life... hidup hanya sekali, buat lah semua benda masa muda ni..nanti dah tua nyesal.. hm.. my next step is to join NGO's .. semoga hidup tak klise lagi..

Tuesday, March 17, 2009

Lalalala Kerja

Minggu ni rasa best sangat buat keje.. bersemangat gile. start dari ahad sampi lah hari ni.. harap2 esok luse seterusnya pun macam jugak..keje banyak sangat but yet i m happy even terpaksa ke sana ke mari jumpa org tu, org ni.. appoinment tu, appoinment ni...penat tapi saya seronoklah..Em minggu ni saya busy prepare agreement untuk extension of lease. n untuk file yang dah submit application for state consent tgh tunggu approval form state exco.. n i have to wait for sumtimes. Cuma ada satu benda yang saya sangat2 tak paham adalah, bila chargee refuse to issue consent for the extension of lease.. weh, biarlah! saya selalu rasa pihak2 ini adalah pihak yang tak paham konsep sebenarnya.. If both Lessee and Lessor agreed for the extension, i think the chargee should give such consent lagipun it will benefit them jugak in so many ways.. Pihak itu perlu tahu n faham bahawa their interest as chargee in the property remain intact. jadi tak payah takut apa pun.. eeeiiiii...

It such a great experience handling this matter. Even at the very beginning, tak tu pebenda pun, but as time goes on, banyak sangat saya belajar..Now, i m handling another project for extension of lease.. n i get involved from day 1.. tak sabar nak tengok semua berjalan dengan sempurna ke akhirnya.. Insyallah !

Sunday, March 15, 2009

Penatnye !

Dah lama rasanya saya tak menulis. Tapi malam ni rasa nak tulis something esp pasal staf saya yang sangat cuai sampai saya rasa cam nak jerit je bila confront ngan dia. Just imagine, bila client yang balik jauh dari KL, datang office, tapi dia dengan tanpa rasa nak bertanya or apa2 biar je client tu balik tanpa sign transfer form n agreement. YaAllah! Bengang gile.. dan atas kebijaksanaan nya itu, saya terpaksa ke KL semata2 nak dapatkan signature client tu.. dan staff saya itu, dengan cekapnya cuba menafikan yang dia tu careless.. ei......geram! ei.. tak pasal2 je kena g sana..Memang lah menyumpah habis.. Tapi hati saya sedikit sejuk bila jumpa client2 yang sangat baik. Rasa cam bersalah je asyik merungut dalam hati..huhuhu.. manusia, kan?

Hm.. sempat lah juga pg round Mid Valley TANPA bershopping apa2 pun.. Tahniah pada diri sendiri..hehehe. Saving yang sangat gile2 harus dimulakan sekarang sebab saya nak bershopping sakan bulan 6 nanti!hehehe.

Ajaibnya perasaan ni bila sepanjang masa kat KL sabtu lepas, setiap detik saya asyik teringat nak balik cepat.. sedangkan pekan kecil tempat saya ni have nothing compared to KL. I had enough time in KL during my uni time... i just belong here! Then i guess i will never leave this place, until n unless a miracle happen! hehehe

Monday, February 16, 2009

Terlanjur cinta

Semalam saya dengar lagi lagu ni kat Hot FM.. Rossa feat Pansha.. Best !

Waktu bergulir lambat
merantai langkah perjalanan kita
berjuta cerita terukir
dalam menjadi sebuah dilema
mengertikah engkau perasaanku tak terhapuskan
malam menangis titis
embun membasahi mata hatiku
mencuba bertahan di atas
puing-puing cinta yang telah rapuh
apa yang ku genggam tak mudah untuk aku lepaskan
aku terlanjur cinta kepadamu
dan telah kuberikan seluruh hatiku
tapi mengapa kini kau bertanyakan cintaku
aku pun tak mengerti
apa salah dan kurangku padamu
kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
kerna sekali cinta aku tetap cinta

Moral of the story : don't take for granted , always appreciate yang dihadapan anda sebelum she/he left you forever....

shopping

Last Friday i was off to Hatyai with some friends for SHOPPING! (lately saya cam suka sangat dengar perkataan ni.. hehehe.) maybe sebab Penang dah sangat klise, so, i decided to follow them for a day trip to Hatyai. Bila kira2 balik, i just spend RM 13-50 ONLY for transportation from Sadao (boarder) to Hatyai (and return) compared to RM 83-00 to Penang.. Murah gile rite?

From border - Hatyai : kena naik van which only cost TB 55 only (equivalent to RM 5-50) ; (utk shopping, suruh je driver van hantar ke Central Plaza), buanglah masa berapa lama pun, bila nak balik, kena naik tut tut dari Central Plaza tu ke Market Besar hanya dengan kos TB 25 (RM 2-50) and from Market Besar to Sadao (boarder) pun TB 55 je.

Trip to Penang - fuel around RM 50-00, toll ticket RM 13-00 x 2 ( RM 26-00) nak masuk Penang u have to pay RM 7-70 = total RM 83-70.

Dahlah kat Hatyai barang lagi murah compared to Penang, tak kira lagi Baskin Robbins & Swensens yang sangat dan amatlah murah berbanding sini....yummy!!! ermmm next month leh pg lagi.. hikhikhik (sura abah bengang lagi)
Ampun...

Saturday, February 14, 2009

I've been tagged by Wahida

[Directions: Once you’ve been tagged, you have to write a blog with 16 random things, facts, habits or goals about you. At the end choose 16 people to be tagged, listing their names and why you chose them. Don’t forget to leave them a comment or tag them in your note to read this].

1. Saya selalu rasa saya seorang yang membosankan kepada org sekeliling saya

2. Saya amat bersyukur dilahirkan sebagai seorang Hasnifalina Hasanudin.. di dalam keluarga yang sempurna kasih sayangnya, dikelilingi insan2 terhebat yang berdampingan sebagai kawan2 saya..(saya amat sayangkan semua)

3. Kerjaya saya sekarang adalah kerjaya idaman saya sejak darjah 5... alhamdulillah, kerana saya berjaya menjadi apa yang saya cita2kan

4. Saya amat menyenangi persekitaran tempat kerja saya, segala2nya.. firma ini, bos2 yang saya anggap seperti ayah sendiri, rakan2 sekerja yang saya anggap kakak dan abang- sangat2 baik dan sentiasa bersabar dengan karenah saya .. staff2 saya yang banyak membantu (even kdg2 saya agak tertekan jugak) kerja2 saya yang kdgkala membuatkan saya nightmare- clients, Banks,... bla bla.. tapi cinta saya tetap di sini.. mgkin tulah sebab saya agak rimas if dapat tawaran tempat lain ( dah saya dah pun melepaskannya )hehehe.. i just belong here

5. Erm saya kini mengalami sindrom2 hati yang pernah saya alami 5 tahun lepas..hehehehe.. tp saya sedang cuba mengatasinya kerana kenangan lepas sangat memonopoli hati dan perasaan saya hingga kini...erm too bad

6. saya setiap hari merindui kawan2 saya dan kenangan2 lampau - so called a Law Student ( UiTM, Faculty Of Law- Batch 2000-2005 ) and i m very proud to be part of them and our memories ... love an d miss you guys soo much .. sapa2 rajin tolong arrange reunion..

7. Baru saya perasan dah setahun saya tak menghadiri mana-mana kenduri kawin kawan saya..ermm. i m sorry

8. Saya amat takutkan kegagalan dan kekecewaan dalam hidup.. saya ingin hidup saya menjadi seperti yang direncanakan hingga akhirnya (tp tertakhluk kepada Qada' dan Qadar dari Nya- dan saya akan redha)

9. Saya nak keje yang dapat gaji besar... anyone pls help..hehehe!

10. Saya sangat suka memasak..menyanyi..memandu.. membaca dan bercuti opss tak lupa..saya perlu dengar lagu setiap hari

11. Saya nekad untuk bercuti sambil bershopping tahun ini.. tp duit tak pernah cukup... ei.. susah, susah!

12. sekarang, bila saya susah hati,perkara yang akan membuatkan tension saya agak release sedikit ialah..berbelanja hehehe dan window shopping

13.Lately saya selalu sedih bila teringatkan sesuatu..huhuhu.. saya tak mampu menghilangkannya dari fikiran saya lagi...

14. Saya lebih rapat dengan abah berbanding emak saya.. erm pelikkan? if sumthing happen, org pertama saya cari is abah..

15. saya sangat sukakan babies esp yang below 1 tahun..- i always miss my nieces and nephews

16. Personaliti lelaki plg sempurna di mata saya ialah Dr Sheikh Muszaphar- he is almost perfect!- alahai, bertuahnya Gf dia
I've been tagged by Wahida... n after Zul mentertawakan saya, saya akan menjawab soalan2 di bawah :-

5 Characteristics of your dream guy/girl*
a) most important, accept me and love me the way i am
b) menjaga solat dan tingkahlaku
c) bijak berfikir n bermasa depan yang tejamin
d) rock, tak poyo.. huhuhu-
e) loving, caring, smart, being childish sumtimes is acceptable..heheh bla..bla...dan mampu menjaga dan tidak mengecewakan saya sampai bila2..-
erm... is that too much to ask?

5 Characteristics that you have never like in a guy/girl
a) liar
b) GATAL
c) poyo...hehehe
d) no future
e) dan sifat2 buruk lain yang saya tak sempat fikir ni

5 places that you want to travel with your loved oneAll over the world.
a) Mekah
b) Paris
c) Bali
d) Italy
e) Korea ..

5 special things that you would give to your loved one
a) love
b) care
c) full attention
lagi 2,... erm tak tau..rahsia kot ..hehehe

5 songs that you will sing to your partner
a) From this moment - Shania Twain
b) Nothings Gonna Change my Love For You
c) I do
d) Tercipta Untukku
e) Dealova - hehehe... jiwang nye jawapan di atas.. tapi tak pelah..hehehe

Wednesday, February 11, 2009

erm... in dilemma

pagi2 ni ada 2 benda membuatkan saya di dalam dilema..

1. tentang abah yg kelihatan agak keberatan membenarkan saya ke satu destinasi bersama kawan2 esok ( Friday 13/02/2009).. sebenarnya semalam saya dah sms abah minta izin (poyo nye anak baik abah ni..but that's me hehehe)dan bila abah reply pun saya dah rasa abah agak keberatan nak izinkan saya pegi.. tapi memandangkan saya anak abah, saya rasa saya tau macamana nak pujuk abah...pg2 ni before i m off to office, i did pointed out the same question again..tp, at last he said: tak pelah, pegi la...erm he knows her daughter very well...so karang, saya kena pg buat passport!!!! HOREY.. abah, i m sorry... camana nak pujuk abah ni?huhuhuhu.. saya berharap dia ikhlas membenarkan saya pergi ..

2. tentang call dari satu pihak yang panggil saya untuk pg interview ngan diaorng.. alah, saya ni memang menyampah sket kalau apa yang saya apply tu , orng panggil for interview..tujuan apply adalah untuk suke2 (kdg2 lah, nak plak time tension ngan keje saya- tapi akhirnya saya sedar perasaan tu adalah bersifat temporary semata-mata).. i love my job! ermm saya tak tau nak pg ke tak....huhuhuhu

Monday, February 9, 2009

HATI YANG GUNDAH

Ewah.. ye ye je title.. tapi, minggu ni saya tak dapat lari dr memikirkan tentang kerja..huhuhu( those who close to me know what i mean..hehehe).. kadangkala saya mengalami sindrom ketidakpercayaan diri yang tetiba tinggi daripada biasa dan keterbayangan hal2 mengarut yang mungkin terjadi ke atas file2 saya( but alhamdulillah, so far, tak pernah saya berhadapan dengan kejadian2 buruk susulan dari tindakan2 saya ke atas file2 saya..harap2nya berpanjangan..). Saya sentisa memohon dari-NYA agar dikurniakan satu keyakinan untuk saya.. hey, it just me!! Percayalah, bila saya menghadapi kerisaun tahap cipan ngan file2 saya, minda, otak dan hati saya takkan bergenjak walau seminit dari terus memikirkannya.. (saya ni jenis manusia yang terlalu cepat risau) sebelum tido, tengah tido pun kdg2 mimpi, bangun tido...alamak.. that's s bad..

Bos2 saya dan rakan2 sekerja saya yang sangat baik selalu nasihatkan saya supaya tak payah risau banyak.. just face it when the time comes (if any lah)..tak perlu nak risau tak tentu pasal.. as long as we did our job, that will be ok.. hmmm i wish i could be someone like that..

Ppgi2 ni, saya cari abah ( my lovely dear dad) untuk menceritakan gundah gulana saya ni.. seperti biasa, abah akan menjadi seseorang yang cube menenangkan saya..saya juga sempat berbincang dengan abah file2 ni.. ( my father seems to know everything.. u can talk to him about everything.. sukan, hiburan. politik, undang2, kerja, atau apa saja.. bawalah dia ke ceruk kampung plg ulu di mana2 pun, atau ke istana- dia mampu menyesuaikan diri dengan sesiapa saja..that's my father.. n i m proud to be his daughter..)- kalau saya nak cari soul partner yang macam abah, is that too much too ask?.hahahaha..

Saturday, February 7, 2009

dapat RISK...

Pg2 bila sampai office, antara benda pertama yang saya buat adalah meminta chambering student untuk check email.. arghhhhhhhhh... file saya dapat RISK .. (RiSK ni Bank yang bagi, kalau misalnya ada documents tak cukup ke, apa2 masalah lain ke yang membuatkan duit tak boleh release.. Bank akan mintak kita rectify)..dah lama saya cukup berhati2 dengan Bank yang satu ni.. dan for quite some times file saya selamat (setelah dicheck berjuta kali)..tapi kali ni, ada plak yang terlepas pandang.. nasiblah intermediate risk je..at least saya tak lah semput sangat..kalau tak, mau tak tido dibuatnya.). Serentak itu, saya terus suruh staf saya rectify.....(hopefully ok lah lepas ni)..please no more mistake after this... but, can't help since i m just a human being (tp saya akan cuba malaksanakan sesempurna mungkin- mungkin sampai bank tu nanti leh nyanyi lagu SEMPURNA untuk saya..hahaha)..Insyallah...

client counseling competition

Last friday i went to UUM to attend the client counseling competiton with Kak Mai and Miza as they were invited to be the panel judges for the competiton and saya tak pasal2 kena jadi judge for final round.. but hey... it was great!! seronok tgk kesungguhan students2 yang mengingatkan saya zaman2 dulu..masa kat uitm..bila kena bagi komen, rasa cam panel kat Akademi Fantasia pulak..hahaha. . Erm even ms first round, all groups cam salah advise client, but that';s ok since most of them are 1st year students.. they have long time too go and to learn more about it. But i respect them kerana diaorang sangat berani untuk mencuba.. even some of them look so nervous but that was a good effort though....( saya dulu jangan haraplah nak join benda2 camni..hahahaa)

Wednesday, February 4, 2009

Ya Allah, kuatkan imanku dan tinggikan tahap kesabaranku...

Emm.. lately juga, saya rasa tahap kesabaran saya agak tergugat ke atas sesetengah pihak.. namun, saya cuba sedaya upaya menjadi seseorang yang tabah, dan bersabar..walaupun kdang2 saya rasa suara saya dah naik (dan saya mencuba untuk menjadi manusia yang boleh marah dalam keadaan tersenyum dan amat cool..even saya tahu amatlah sukar melaksanakannya)..Ya Allah, kuatkanlah tahap kesabaranku..Amin...Semoga Allah sentiasa melindungi saya..Insyaallah

geramnya

pg2 ni masuk ofis, bila sign surat, ternampak lah satu file yang saya dah suruh staf saya buat reminder mungkin dah ke 8000 kali kepada XYZ (selepas ini dirujuk sbg pihak tersebut)..saya amatlah geram kepada pihak itu, kerana melambatkan kerja saya dan menjejaskan reputasi saya di mata pihak lain ..tolonglah.. i've done my best..paling saya geram, saya dah mudahkan keja pihak tersebut dengan buat sample jawapan yang macamana saya nak..eii.. tapi saya tak taulah apa yang pihak tersebut busy sangat sampai tak sempat nak reply... please take note that's so urgent!!! saya dah tak tau nak buat camana..i call them almost every week.. but the answer is remain the same..OK, KAMI AKAN REPLY ......aduhai... saya dah buat apa yang saya rasa sewajarnya saya buat..please cooperate!!!

la supadora n 32-7B

ejaan nya lebih kurang macam tulah..hehehe.. malam ni saya rasa cam nak tulis kenangan cite ni..zaman2 tu saya dan housemates saya sangatlah gila kat cerita ni..kegilaan luar biasa sebab cerita tu memang best.. masa tu, saya ngan kawan2 seramai 9 orang ni, menyewalah kat 32-7b, Sri Mahligai, Seksyen 9.. kitaorng semua sekelas....jadi, tiap2 petang2 bila tak de kelas oklah, masing2 tunggu depn tv pukul 4.30 nak tengok cite tu, tapi masalah paling besar kami bila ada kelas..alahai, camana nak buat yer..hasil kreativiti kami, kami telah mengambil kata sepakat bahawa 9 orng kami perlu bergilir2 tak pg kelas, tgk cite tu, dan kena cite kat orng yang pg kelas(dan ramailah sukarelawan yang sangat nak tawar diri tak mau g kelas)..so, system kami, kalau minggu ni 5 orng ni pg, mgu dpn, 4 orng plak tak pg, dan begitulah seterusnya.. kena cover gak sebab dalam kelas tu ada lebih kurang 15 orng je di mana majoriti dipegang oleh geng kami...

satu petang, di mana petang itu, adalah cite last siri sepanyol tu, semua buat keputusan tak nak g kelas...ooooo... kalau kami tak pg, sayap2 kami seramai 3 org tu juga takkan pg. Jd bagi menjayakan misi petang tu, an (dia ni ketua umah kami merangkap ketua kelas) telah telepon lecturer kami dan dengan suara sedih dibuat2, bgtau kami semua tak leh datang sebab food poisoning sebab makan nasi makcik yang jual kat depan 7E umah kitaorang (memang direka2 cerita ni, sian makcik tu, rasa berdosa gak, tapi selepas itu, kami adalah pelanggan tetap makcik nasi lemak yang best di dunia tu)..memang terror lah an..

esoknya bila masuk kelas, lecturer yang sangat baik itu, dengan nada penuh innocent, bertanya khabar kami semua yang buat2 muka sardin. siap pesan lagi jangan makan kat makcik tu dah...Ya Allah... sampai sekarang rasa bersalah sangat ngan dia..tp kalau baik je selalu, boring gak.ampun..hehehe

seronoknya bercerita hal mude2( even sekarang tak lah tue sangat lagi)..saya rindu kwn2 serumah 32-B (tak kire lah batch manapun)..lately ni saya asyik membelek album2 lama..dan itu slalu membuatkan saya rindu pada semua.. to an, anis, syikin- happily in marriage.. mini- who is getting married next month-congratulations, ida kat kota bharu.- wei, keluarlah..jom g jakarta shopping ..asma n miza- being single is fun!!!! hahaha... daniah n wahida - even lambat msk, tetapi membawa kebahagiaan kepada kami semua..hehehe..kart yang jauh di new york...we miss u, n last but not least, my ex roomate ina-lama tak dengar khabar, hope u r doing fine.

Tuesday, February 3, 2009

SEBUAH KISAH KLASIK

i've read zulhairil's blog just now and suddenly rasa syahdu yang teramat sangat (those who r close to me know how sensitive i m). it's all about uni life ( when i was in Uitm ) I miss my times in uni and i miss all my friends. i do agree with with zul that we need a reunion..(please i beg you guys!) Zaman2 indah itu, dilalui dengan 4 orang teman yang sangat saya sayang (Asma, Anis, An and Miza). Kami sangat rapat, kami sekelas, serumah, sebilik, dan banyak lagi lah se nya.. hehehe.. semua benda kami lakukan bersama..tak pernah bosan.. saya mengakui bahwa kami sangat nakal, jangan tak cayo, bila tibe class yang bosan e.g.......(rahsia), kami akan tulis notes kecik yang kan di pass kan di antara kami, dan percaya lah notes tu sama tebal je ngan notes lecture. hahahaha.. contoh- contoh nye :-

1. weh, awatlah kelas ni aku rasa lama sangat?
2. kang lunch kat mana?
3. petang kang kite gi Mid Valley nak?
4. weh, tau tak, tadi aku nampak si polan, si polan, tengah....(contents is secret)hehehe
5. apa impian perkahwinan hang.. sila tulis ..
6. malam kang lepas kelas g putrajaya jalan2 nak?
7. weh, aku ngantok gilerrr..tahap gaban .
8. malam satgi kita p uptown nak?

itulah di antara dialog2 yang bergerak secara senyap semasa kelas sedang berjalan..hehehehe. ish, kalau nak cerita, sure orang tak percaya, sebab muka kami ni baik2..ewah, tapi bab bercakap cam tak leh berenti plak..

paling hebat saya rasa, kami mampu menghasilkan sebuah cerpen tebal(anis yang start).menariknya cerpen itu akan ditulis oleh semua kami pada masa berasingan time tengah mengantuk masa lecturer mengajar. paling menarik, sesiapa yang sedang menulis cerpen tersebut tidak akan diganggu walaupun firm mates lain sedang bertungkus lumus menyediakan affidavit untuk kelas civil. gile..saya menjadi orang terakhir yang menghabiskan cerpen tersebut beberapa hari sebelum final exam. sangat syahdu...gila222.. setiap hari anis akan bawak kamera dan tangkap gambar setiap waktu (even lecturer tgh mengajar).


itu adalah 0.05% kisah kami..saya yakin akan menulis lagi pasal kisah kami kerana kisah2 ini bisa membuat saya tersenyum setiap masa.

INILAH KISAH KLASIK SAYA

Monday, February 2, 2009

looking forward for t

minggu yang membosankan..

sejak ahad lalu, saya sudah dapat merasakan bahawa minggu ni akan jadi tersangatlah bosan..lambakan kerja pun kurang berbanding biasa..(bosan jadinya if kena kerja tak banyak ni).jd saya mengaktifkan diri berinteraksi dengan kawan2 saya melalui YM.. wah, cergas je rasanya..hehehe..

at last !!!

at last i have my own blog..thank u so much amr and wahida